Surprise Me!

[Wawancara Khas] Perjalanan panjang kebangkitan Ujang

2026-05-30 151 Dailymotion

Daripada seorang budak kampung di Kuala Pilah yang membesar dengan Adat Perpatih, Ibrahim Anon akhirnya mencipta fenomena budaya era 1990-an. Berbekalkan nama pena Ujang, beliau mencetak sejarah menerusi majalah humor paling laris negara dan menjadi antara pelopor industri animasi tempatan menerusi siri legenda Usop Sontorian.

Namun di sebalik kegemilangan itu, tersimpan tragedi hitam yang panjang. Beliau kehilangan hak terhadap karya ciptaannya sendiri, berdepan 19 saman, menanggung hutang RM1.8 juta dan hidup dalam status muflis selama 24 tahun.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penularan kisah tokoh animasi itu memaafkan individu yang pernah menyebabkan beliau muflis selepas didatangi anak individu terbabit.

Kini pada usia 61 tahun, Ujang membuka mulut secara eksklusif tentang titik akhir sebuah dendam, erti persahabatan di Tasik Kenyir dan bagaimana sekeping gambar mampu meruntuhkan kemarahan yang bersarang selama lebih dua dekad.

Ikuti wawancara khas bersama Ujang di semua platform digital Sinar Harian.